KOTA KINABALU, 15 Julai - Majlis Penyampaian Sijil Skim Pembangunan Usahawan Siswazah (SPUS) bagi tahun 2010 telah diadakan di Bilik Serbaguna Tingkat 3, Wisma SEDCO, Kota Kinabalu Sabah. Majlis ini diadakan secara bersama dengan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (SEED) Kumpulan SEDCO.

Pada tahun ini, seramai 22 peserta telah mengikuti program SPUS berbanding hanya 12 orang pada tahun lepas. Mereka telah berkampung di UiTM Sabah selama 55 hari mempelajari pelbagai ilmu tentang perniagaan sebanyak 31 modul seperti penyediaan rancangan perniagaan (RP), pengurusan perniagaan, pengurusan sumber manusia, cara-cara dan kaedah pemasaran produk, kaedah kenalpasti peluang-peluang perniagaan, pembinaan syarikat sdn. bhd., e-dagang dan sebagainya.

Pada hari ini, mereka telah dianugerahkan sijil oleh SEDCO menandakan bahawa mereka telah tamat dengan jayanya mengikuti kursus keusahawanan yang dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Bank dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah.
Peserta-peserta SPUS yang berjaya menerima sijil pada majlis ini ialah:
| 01. | Jamal Bin Ludin | - Produk Minuman Buah-buahan |
| 02. | Noryzan Bte Mohd Jasnie | - Pengendalian Makanan Fast Food |
| 03. | Hairol Farisah Bin Jaafar | - Menghasilkan Anggota Badan Palsu |
| 04. | Mohd Fuad Bin Abas | - Pusat Servis dan Baikpulih Kenderaan |
| 05. | Zuzela @ Ela Binti Mohamed | - Produksi Drama Telefilem |
| 06. | Suriyan Bin Yusof | - Cyber Cafe & Membaikpulih Komputer |
| 07. | Darren Lorenzo Madan | - Penghasilan Sayur-sayuran Organik |
| 08. | Hamzah Gemi | - Pusat Futsal |
| 09. | Christopher Ludin | - Restoran |
| 10. | Juslin James | - Penanaman Benih Bungan dan Bunga |
| 11. | Mahadi Bin Mahat | - Penternakan Kambing |
| 12. | Mohd Tahirkhan Bin Tangah | - Nasi Ayam Cafe |
| 13. | Mazlina Maperi | - Pusat Tuisyen |
| 14. | Siti Aishah Binti Omar | - Taska |
| 15. | Gerald Gaban Gonzales | - Organic Farm |
| 16. | Suhaila binti A. Tahir | - Taska |
| 17. | Helen binti Miasin | - Penanaman Halia |
| 18. | Sadaria Sahada | - Penjualan Pakaian/Peralatan |
| 19. | Asmah binti Ibrahim | - Menjual Pakaian & Aksesori |
| 20. | Radziah binti Matarsad | - Penjualan Rumpai Laut |
| 21. | Siti Syawal binti Yusup | - Pemborong Beras |
| 22. | Elvira satiol indang | - Bakery & Cafe |
Antara VIP yang hadir ialah YB Datuk Hj Mohd Arifin Mohd Arif, Pengerusi SEDCO, Y.Bhg Tuan Hj Hashim Paijan, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Y.Bhg Prof. Madya Dr. Worran Hj Kabul, Pengarah UiTM Sabah dan Encik Maisuri Bin Besri, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO.
YB Datuk Hj Mohd Arifin Mohd Arif mengingatkan kepada para bakal usahawan agar mementingkan sikap amanah dalam pekerjaan. Dalam amanah itu ada "aman" dan ada "iman". Jika kedua-duanya tidak ada dalam diri seorang usahawan, maka apa yang diusahakannya itu tidak akan kekal lama, pasti akan berakhir dengan kehancuran. Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil SPUS 2010.
Beliau juga turut mengingatkan pelajar-pelajar cemerlang SEED agar mempraktikkan ilmu yang diperolehi. Harapannya ini digambarkannya menerusi pepatah arab "al-ilmu bilaa amalin, kassyajari bilaa thamarin" (العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر) yang bermaksud "ilmu tanpa amal itu adalah umpama pokok tanpa buah". Anugerah Pelajar Cemerlang SEED diwujudkan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada anak-anak anggota pekerja SEDCO dan Syarikat Kumpulan di atas pencapaian cemerlang mereka dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Tabung bagi anugerah ini diperolehi melalui sumbangan daripada SEDCO dan Syarikat Kumpulan.

Penerima-penerima Anugerah SEED ialah:
| 01. | Joan Chong Sue Lynn | SPM 11A |
| 02. | Hing Su Kay | SPM 10A |
| 03. | Christiannie Celestinus Tay | SPM 9A |
| 04. | Ardy Safian Bin Jani @ Zaini | PMR 8A |
| 05. | Stephenie Yong Yee Sin | PMR 7A |
| 06. | Brian Yong Kai En | UPSR 7A |
| 07. | Nicholas Thien Yin Hau | UPSR 5A |
Majlis yang bermula jam 2.30 petang ini berakhir kira-kira jam 4 petang.
==============================================================
Video SPUS Part 1
Video SPUS Part 2
-
Download Video SPUS
- FLV Format (99.7MB)
- MPG4 Format (220MB)













