SPUS

 
 
Selamat Datang ke Laman Web SPUS
 
 
 
 
You are here:: Home
 
 

SPUS 2010: Kursus Pembinaan Laman Web E-Commerce

E-mail Print PDF

Seramai kira-kira 22 peserta SPUS tahun 2010 telah menyertai kursus pembinaan laman web e-dagang dari 22-25 Jun 2010 di Makmal Komputer 1B, UiTM Sabah. Para peserta adalah terdiri daripada mereka yang baru sahaja menamatkan pengajian daripada universiti-universiti tempatan. 

Para peserta yang mengikuti kursus selama 2 bulan ini ialah:

01 Jamal Bin Ludin - http://spus.biz/jamaliceblended/
02 Noryzan Bte Mohd Jasnie @ Baidol
03 Hairol Farisah Bin Jaafar - http://spus.biz/jbpros/
04 Mohd Fuad Bin Abas
05 Zuzela @ Ela Binti Mohamed - http://spus.biz/elaproductions/
06 Suriyan Bin Yusof - http://spus.biz/empire_xwave/
07 Darren Lorenzo Madan 
08 Hamzah Gemi
09 Christopher Ludin - http://spus.biz/crizst/
10 Juslin James 
11 Mahadi Bin Mahat 
12 Mohd Tahirkhan Bin Tangah - http://spus.biz/cafebonda/
13 Mazlina Maperi 
14 Siti Aishah Binti Omar 
15 Gerald Gaban Gonzales 
16 Suhaila binti A. Tahir - http://spus.biz/suella/
17 Helen binti Miasin
18 Sadaria Sahada - http://spus.biz/ukhticollection/
19 Asmah binti Ibrahim 
20 Radziah binti Matarsad 
21 Siti Syawal bin Yusup 
22 Elvira satiol indang

 

Pada tahun ini saya selaku fasilitator kursus selama 4 hari ini mendedahkan para peserta dengan perisian Sumber Terbuka (Open Source) Joomla 1.5, yang merupakan perisian yang famous ketika ini dan banyak digunakan oleh institusi-institusi kerajaan mahupun syarikat-syarikat swasta. Malah laman web SEDCO (www.sedco.com.my) dibina menggunakan platform Joomla.

 

Joomla! adalah sebuah perisian terbuka (Open Source) Content Management System (CMS) yang digunakan untuk membina web site, mulai daripada web site yang sangat sederhana hinggalah ke web site yang sangat kompleks.


Joomla! merupakan pengembangan daripada Open Source Mambo.


Joomla adalah perisian CMS yang mudah dikawal. Pentadbir web (Admin) perlu mengetahui perkara asas dalam menu-menu yang ada dalam perisian ini. Kemudian, bagi menjadikan satu-satu laman web itu canggih dan menarik, seorang pentadbir web perlu mencari sendiri sumber lain untuk di'tampal'kan kepada laman webnya. Tampalan-tampalan ini mungkin berupa template yang boleh diperoleh secara percuma di internet dan juga tiga elemen CMP (Component, Module & Plug-in) yang juga boleh didownload secara percuma di laman web rasmi Joomla.


Pendek kata, semua percuma dengan Joomla. Tinggal lagi kita sebagai pembangun laman web bertindak meng'explore' dengan lebih mendalam terutama sekali di laman extentions Joomla. Atas sebab inilah barangkali perkataan "Joomla" dipilih. Perkataan Joomla! adalah fonetik perkataan bahasa Swahili "Jumla", yang bermaksud "all together" (bersama-sama) atau "as a whole" (untuk semua). Dalam bahasa Malaysia, Joomla! samalah dengan “Jumlah” yang juga bermaksud TOTAL. Begitu juga dalam bahasa Indonesia. Dalam bahasa Arab, Joomla! (جملة) bermaksud SUM atau TOTAL dan juga bermaksud “whole sentence


Ini memberi faham kepada kita bahawa Joomla! ini boleh dipakai bersama-sama (percuma) dan dibangunkan untuk semua, semua lapisan, semua bangsa, semua negara. Dan, semua orang boleh menyumbang ke arah penambahbaikan sistem ini sama ada terhadap template, plug-in, component, module dan sebagainya.


Joomla! adalah perisian percuma yang boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja. Ia boleh dimuat turun di laman web rasminya di www.joomla.org


Terdapat beribu-ribu extension atau plug-in yang boleh dimuat turun secara percuma. Ia boleh diakses daripada URL http://extensions.joomla.org/. Semua orang juga boleh menyumbang extension masing-masing jika mereka ada kepakaran.

Pada tahun lepas saya mengajar pembinaan laman web e-commerce dengan menggunakan perisian CubeCart. CubeCart adalah perisian membina laman web e-dagang 100%. Pada pengalaman yang lepas, tidak semua nature bisnes yang diusahakan peserta sesuai diwebkan menggunakan e-commerce web site. Ini seperti perniagaan restoran. Laman web restoran tidak perlukan shopping cart. Namun ia mungkin sesuai di negara maju terutama makanan segera, kerana amalan pembelian internet seperti daging halal bisa sahaja dilakukan melalui transaksi internet. Selepas bayaran dibuat, pihak kedai akan menghantarnya ke rumah pelanggan. Cerita ini berlaku di negara Jepun, satu pengalaman sepupu saya ketika belajar di sana. Baginya, tidak susah untuk mendapatkan bekalan makanan halal kerana semuanya ada di hujung jari. Meskipun tidak ramai muslim di sana, daging halal boleh dicari melalui internet dan dibeli secara atas talian.

 

Di negara kita, saya rasa ia belum menyeluruh dilaksanakan. Jadi, perisian Joomla adalah yang tebaik untuk didedahkan. Bagi yang memerlukan shopping cart untuk laman web mereka, mereka hanya perlu tambahkan satu modul e-commerce yang dinamakan VirtueMart. Modul ini disebarkan secara percuma, boleh dimuat turun dan diinstall ke laman web Joomla. Seperti yang disebutkan, Joomla boleh membina laman web yang paling simple dan juga yang paling kompleks.

 

Antara IPT Malaysia yang menggunakan Joomla sebagai platfrom laman web mereka ialah Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA (dan semua cawangannya di seluruh negara), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Industri Selangor (UNISEL), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA dahulunya Universiti Darul Iman, UDM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan lain-lain.

 

Saya amat berharap agar semua peserta dapat memanfaatkan pembelajaran Joomla sebaik mungkin. Seandainya cita-cita untuk membuka perniagaan tidak tercapai seperti yang diharapkan, ilmu Joomla! masih releven untuk digunakan bagi membina laman web untuk apa sahaja tujuan kerana Joomla bukan hanya terhad untuk e-commerce. Pada masa akan datang mungkin anda akan dilantik sebagai web administrator oleh majikan anda di tempat anda bekerja. Majikan tidak perlu lagi memperuntukkan perbelajaan untuk mendapatkan kepakaran luar dalam membangunkan laman web syarikat. Seperti yang diketahui umum, caj pembinaan dan penyelenggaraan laman wen di luar tidaklah murah, hatta kursus Joomla untuk 1 hari sahaja boleh mencecah yuran RM500.